Wednesday, January 10, 2018

7 Tips Jadi Speaker Seminar Efektif Untuk Newbies

Bercakap di hadapan ramai orang buat kali pertama pastinya membuat kita resah gelisah. Apatah lagi jika kita tak biasa bercakap di dalam kumpulan yang besar.

Ketakutan bercakap di khalayak ramai ini dipanggil Laliophobia (fear of public speaking).

Jika anda turut mempunyai perasaan begini, jangan risau.


Berikut kami kongsikan 7 tips yang boleh bantu anda mengatasi masalah ini.


7 Tips Menjadi Presenter Seminar Yang Efektif


1. Bersedia. 

Ketahui siapa audien anda, dan apa yang anda ingin mereka tahu. Fahami demografik audien, contohnya kumpulan pekerjaan, taraf pendidikan dan lain-lain. Sediakan pembentangan anda berdasarkan maklumat ini.

Manusia biasanya hanya ingat 3 atau 4 poin dari pembentangan. Jadi, sediakan poin yang benar-benar penting. Buang poin yang kurang penting, atau tak penting langsung.

2. Lawak Jenaka.

Buat lawak tentang situasi, dan diri kita. Jangan sesekali buat lawak tentang audien. Lawak jenaka sering membantu pembentangan, tetapi lawak teruk yang melampau boleh merosakkan keseluruhan pembentangan. Ingat 3 perkara ini dalam elemen lawak:
  • Lawak bersih, tidak bersifat ofensif.
  • Lawak yang ada kaitan dengan topik pembentangan.
  • Paling selamat ialah lawak tentang diri sendiri (presenter), jangan sesekali hina audien.

3. Jangan Minta Maaf.

Jangan sesekali mulakan pembentangan dengan permohonan maaf. Berapa kali sepajang hidup, anda dengar presenter yang mulakan seminar dengan, "Maaf saya tak sihat", atau, "Maaf saya gementar"?

Kebanyakkan orang guna alasan ini dengan harapan nak dapatkan sedikit kelonggaran dari audien.

Namun, dari kacamata audien, ia akan kelihatan seperti,

"Pembentangan yang anda bakal terima ialah sedikit kurang dari apa yang anda sepatutnya layak dapat, tapi tolong jangan salahkan saya".

4. Perhatian.

Dapatkan tumpuan dan perhatian dari audien. Setiap individu punyai cara belajar yang berbeza. ada yang belajar dengan hanya mendengar, ada yang perlu melihat, dan ada yang perlu mengalami sendiri. Sebolehnya cuba penuhi segala aspek. Penggunaan bantuan visual antara cara terbaik.
  • Berikan sedikit kawasan putih (kosong). Jangan penuhkan seluruh kertas atau slides dengan informasi atau gambar.
  • Gunakan warna berbeza untuk mudahkan pembacaan.
  • Visual sangat membantu pembentangan. Beri komen tambahan kepada setiap visual, iaitu informasi yang tiada tertulis di dalam visual tersebut.


5. Bergerak.

Buat pergerakan yang sesuai. Buat pembentangan dengan bersemangat dan penuh tenaga. Terlalu banyak pergerakan pun menggangu fokus audien juga.

Pergerakan paling efektif ialah yang boleh bantu audien kaitkan dengan topik pembentangan.

6. Suara.

Gunakan intonasi suara yang sesuai dan beri keselesaan kepada auiden.
  • Bercakaplah - Pembentangan yang baik ialah yang tak perlukan audien berkata, "Eh, dia cakap apa tadi?". Lantik seseorang untuk berdiri di belakang sekali, dan beri isyarat samada suara kita didengari ataupun tidak.
  • Tiada kekosongan - Cakap dengan lancar. Tak perlu ada "emmm", atau "errrr". Diam antara dua ayat, membolehkan membolehkan audien untuk proses apa yang anda cakap sebelumnya.
  • Tukar intonasi - Cakap lebih kuat atau cakap dengan perlahan, mengikut keperluan topik. Perubahan intonasi suara ini akan menarik perhatian audien.

7. Hormat.

Tunjukkan hormat pada audien, dan mereka akan hormat anda juga. Antara yang boleh dilakukan:
  • Eye contact - Kekalkan pandangan mata kepada audien. Alihkan pandangan perlahan-lahan dari seorang ke seorang yang lain. Sekali sekala lihat mata seseorang selama beberapa saat.
  • Kejujuran - Jika tidak tahu jawapan, mengaku sahaja. Tawarkan untuk mencari jawapan, dan akan berikan maklumbalas kemudian.
  • Jaga air muka - Jika anda tidak bersetuju dengan pandangan audien, lakukan dengan cara yang baik, yang tidak menjatuhkan air muka audien tadi.
  • Pembetulan diri - Jika ada audien yang tak tumpukan perhatian, galakkan pembetulan diri dengan berjalan rapat ke arahnya sambil anda bercakap. Orang yang terganggu tadi akan merasai dekatnya kehadiran anda, dan secara automatik akan kembali fokus.

Inilah 7 tips seminar yang boleh anda amalkan dalam langkah menjadi presenter yang efektif. Namun, jangan jadikan 7 tips ini sebagai kekangan anda untuk bebas bercakap gaya anda sendiri. Jadikan ia sebagai panduan asas sahaja.

Gabungkan 7 tips ini dengan gaya unik anda sendiri dan percayalah, suatu hari nanti anda pasti akan jadi presenter seminar yang efektif dan disukai audien!

Selamat berseminar!

Admin,
Bilik Seminar Setia Alam, Shah Alam
Call/ WhatsApp 012-218 0781